|
PANDANGAN
WAK SHARIFF TENTANG PENYAKIT KANSERPAYUDARA
Penyakit kanserpayudara adalah diantara jenis
penyakit kanser yang berbahaya.Kebanyakkan
pesakit yang datang berubat adalah
dari kalangan kaum wanita yang mempunyai
semangat tinggi untuk mengubati penyakit
mereka.Ada juga yang tidak dapat hadir kerana
terlantar dirumah ataupun telah hilang keyakinan
diri dalam mencari penawar kanser payudara
mereka.Mereka telah mencuba pelbagai produk dari
pelbagai sumber samaada secara moden,tradisional
ataupun memakan pil-pil yang dicadangkan oleh
orang disekeliling mereka.Pesakit yang mencuba
Perubatan Tradisional Tukiman pasti anda dapat
merasakan perbezaan dalam cara perubatannya.Ini
adalah kerana En.Tukiman @ Wak Shariff mencipta
produknya secara kreativiti dan ilhamnya
sendiri.Tiada bahan terlarang,beracun digunakan
dalam merawat pesakit kanserpayudara.
Mengenai kanser payudara,punca utama penyakit kanser payudara adalah
dari pemakanan yang tidak seimbang.Pemakanan tidak seimbang
pada pandangan Wak Shariff ialah
terlalu banyak makan sesuatu jenis
makanan.Diantara makanan tersebut ialah
kekerapan seseorang memakan daging ayam.Pada
awalnya daging ayam adalah
sumber tenaga yang baik untuk badan ,tetapi memakan secara
berlebihan atau terlalu kerap akan memberikan kesan tidak baik
dalam perkembagan sel-sel dalam
badan seseorang. Akhirnya,penyakit kanser boleh
berlaku.
Antara punca lain adalah disebabkan oleh badan tidak direhatkan
dengan betul ketika badan memerlukannya.Seseorang
haruslah berehat apabila
badan berasa penat.Jika kita tidak
rehat, ini akan memberikan kesan negatif kepada
sel-sel dan tenaga badan. Kebiasaannya kesan
dalam bentuk penyakit akan terjadi dalam jangka
masa lama atau ketika menjangkau usia.Oleh
sebab itulah banyak pesakit kanserpayudara yang
datang adalah berumur linkungan 30-55 tahun.
Ini adalah pandangan punca
kanserpayudara sebenar yang ringkas dari
pandangan Perubatan Tradisional Tukiman.Pandangan
mungkin berbeza dengan doktor.Sesetengah pesakit yang
datang menceritakan sakit kansernya tahap
1,2,3,4 dan bermacam jenis terminology atau
perkataan perubatan yang Wak Shariff tidak
fahami.Ini adalah kerana Wak Shariff bukanlah
seorang
doktor.Samalah juga,doktor pasti tidak dapat
menjawab pertanyaan tentang campuran herba dan
akar kayu ,penyakit yang datang dari ganguan jin
atau sebagainya..Ini kerana kedua-duanya didalam
bidang perubatan yang berbeza.Tetapi mempunyai
matlamat dan tujuan yang sama,iaitu cuba
mengubati penyakit yang dialami.Sudah banyak
kes-kes penyakit kompleks yang berjaya dirawati
melalui kaedah tradisional dan alternatif. Oleh
itu,janganlah bersedih,berputus asa atau murung dengan
penyakit kanser yang dialami.Percayalah,penyakit
kanserpayudara yang dihadapi hanyalah
sebahagian dugaan Allah S.W.T dan boleh diubati
dengan izinNya.
"Setiap penyakit pasti ada ubatnya"
InsyaAllah.
Tukiman Bin Jasemo(Pengamal Perubatan
Tradisional Tukiman)
|