|
RAWATAN KANSER
PAYUDARA-SECARA MODEN
Rawatan moden
yang digunakan di kebanyakkan Hospital Kerajaan
Malaysia ataupun yang swasta ialah :
1.
Pembedahan
2.
Terapi radiasi
3.
Kimoteraphy
4.
Terapi Hormon

1.PEMBEDAHAN
Pembedahan
mungkin adalah pilihan rawatan bagi kebanyakan
kanser payu dara. Pembedahan boleh dibahagikan
kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur
pembuangan sebahagian daripada payu dara dan
mastektomi (sepenuhnya)
Lumpektomi
adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya
membuang tumor dan sebahagian kecil daripada
tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya
dilakukan untuk kanser peringkat permulaan
sahaja
Prosedur
membuang
sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk
membuang tumor yang lebih besar. Biasanya nodus
limfa yang berdekatan juga akan dibuang
Dalam
mastektomi,
keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini
hanya dilakukan apabila tumor telah merebak ke
bahagian lain yang lebih jauh.
2.TERAPI RADIASI

Terapi
sinaran adalah rawatan yang menggunakan sinar bertenaga tinggi untuk
memusnahkan sel-sel kanser. Ia biasanya
disarankan selepas lumpektomi untuk memusnahkan
segala sel-sel kanser yang masih ada bagi
mengelakkan kanser tersebut berulang. Biasanya
sinaran tersebut ditujukan dari satu sumber di
luar badan di bahagian yang terlibat dengan
kanser.
3.KIMOTERAPI

Kimoterapi
adalah sejenis dadah yang digunakan untuk
membunuh virus ,bacteria,fungi dan kanser sel
yang lebih dikenali sebagai dadah pembunuh
kanser.Digunakan secara meluas di Hospital dan
pusat rawatan kanser moden untuk:
-
Merawati
Kanser
-
Menghalang
Kanser dari merebak
-
Mengurangkan
Symptom.
-
Mengurangkan
kemungkinan berulang semula kanser tesebut.
-
Mengecutkan
tumor sebelum pembedahan
-
Mengawal
penyakit ini apabila kanser telah didapati
merebak ke tisu-tisu lain dalam badan.
Nama
lain :Kimoterapi kanser; Dadah Terapi
Kanser;Cytotoxic Kimoteraphy
Kemoterapi
merupakan rawatan menggunakan dadah antikanser.
Dadah ini boleh diberikan secara intravena (disuntik
ke dalam salur darah) atau secara oral (ditelan).
Dadah ini akan bergerak melalui saluran darah
dan bertindak ke atas sel-sel kanser di seluruh
badan.
Contoh-contoh
dadah antikanser yang biasa digunakan ialah
Siklofosfamid, Metotreksat, Doksirubicin.
Biasanya gabungan beberapa dadah antikanser akan
digunakan. Contoh kombinasi yang
digunakan ialah Siklofosfamid bersama
Metotreksat dan Flurourasil (singkatannya CMF).
Kimoteraphy biasanya target sel yang sangat
aktif dalam badan pesakit.Ini memberikan kesan
negatif kepada sel badan yang sihat seperti sel
darah,rambut.Imunisasi/tahap badan melawan
penyakit juga akan berkurangan seterusnya boleh
merosakkan fungs hati ,otak dan jantung.Kesannya
bergantung kepada jenis penyakit kanser
seseorang pesakit itu.
4.TERAPI HORMON
Terapi
hormon melibatkan penggunan dadah anti-estrogen
untuk menyekat pertumbuhan sel-sel kanser.
Estrogen adalah hormon semula jadi yang ada pada
setiap wanita. Hormon ini boleh menggalakkan
pertumbuhan sel kanser. Dadah anti-estrogen yang
biasa digunakan ialah Tamoxifen. Telah
dikenalpasti bahawa status reseptor estrogen (ER+ve
dan PR+ve) yang ada pada seseorang wanita itu
dalam jumlah yang tertentu boleh membantu dalam
rawatan ini.
INI
SEMUA ADALAH MAKLUMAT RAWATAN KANSER PAYUDARA
SECARA MODEN DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN
PERUBATAN TRADISIONAL TUKIMAN.
PERUBATAN
KAMI MENGGUNAKAN RAMUAN HERBA TERBAIK YANG LEBIH
ASLI , TIADA KESAN SAMPINGAN DAN MENGIKUT
RAWATAN ISLAM.
|